KGB

Komitet gosudarstvennoy bezopasnosti (Bahasa Rusia: Комитет государственной безопасностиcode: ru is deprecated , "Jawatankuasa Keselamatan Negara") atau juga dikenali dengan singkatan KGB (Abjad Cyril: КГБ) ialah agensi keselamatan negara Kesatuan Soviet dari tahun 1954 sehingga pembubaran lembaga politik tersebut pada 1991. Ia didirikan sebagai pengganti langsung kepada agensi terdahulu seperti Cheka, NKGB, dan MGB serta ditempatkan dalam pentadbiran Majlis Menteri-Menteri. Ia merupakan agensi utama kerajaan di bawah "bidang kuasa kesatuan republik" yang bertindak sebagai agensi keselamatan dalam negeri, agensi perisikan, dan polis rahsia. Agensi-agensi yang sama telah tempatkan di setiap Republik Kesatuan Soviet selain daripada Rusia dan meliputi banyak kementerian, jawatankuasa negeri, dan suruhanjaya negeri. KGB adalah sebuah perkhidmatan tentera dan telah ditadbir oleh undang-undang dan peraturan tentera, sama dengan Tentera Darat Soviet atau Pasukan Dalam Negeri MVD. Manakala kebanyakan arkib KGB kekal diklasifikasikan, dua sumber dokumentari dalam talian boleh didapati. Fungsi utamanya ialah risikan luar negeri, risikan balas, aktiviti operatif penyiasatan, mengawal Sempadan Negara KRSS, mengawal kepimpinan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis dan Kerajaan Soviet, menyusun dan menjaga komunikasi kerajaan serta memerangi aktiviti-aktiviti nasionalisme, penentangan, dan anti-Soviet. Selepas pembubaran KRSS, KGB terbahagi kepada Jabatan Keselamatan Persekutuan dan Jabatan Perisikan Luar Negeri Rusia. Selepas keluar daripada Republik Georgia pada awal 1990an dengan bantuan Rusia, Republik Ossetia Selatan menubuhkan KGBnya sendiri (sambil mengekalkan nama lamanya).


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search